PUTRAJAYA: Ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diteruskan hari ini seperti yang dijadualkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ujian yang bermula hari ini hingga 5 Disember itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Op Payung. Beliau berkata, Op Payung itu merangkumi pelan tindakan menghadapi Monsun Timur Laut dan mengikut pekeliling berkaitan bertarikh 22 Oktober lalu. “Pelan itu sudah pun dilancarkan 28 Oktober lalu.…