KUANTAN: Tasik Paya Bungor di sini dibangunkan sebagai lokasi ternakan sangkar terbesar di negeri ini sebagai alternatif selepas sektor agrotourism gagal memanfaatkan potensi besar tasik semula jadi tersebut. Ketua Kampung Paya Bungor, Shamsuddin Ahmad, 63, berkata, sebanyak 16 sangkar mula beroperasi dan diusahakan seorang nelayan sungai hasil peruntukan RM16,000 disalurkan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah. Sekurang-kurangnya 20 sangkar lagi sedang dilaksanakan di tasik berkenaan hasil peruntukan Risda…