NEW YORK: 77 pemenang Hadiah Nobel menghantar surat terbuka kepada Senat Amerika Syarikat (AS) membantah pencalonan Robert F. Kennedy Jr untuk jawatan Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS). Dalam surat yang dihantar pada Isnin lalu, kesemua mereka menyifatkan calon pilihan Donald Trump kurang kelayakan untuk jawatan itu, selain terpalit dengan pendirian antivaksin. “Dengan merujuk kepada rekodnya, meletakkan Kennedy untuk memimpin DHHS akan membahayakan kesihatan awam,” menurut surat yang ditandatangani 77…