ALOR SETAR: Kerajaan didesak menyegerakan bantuan tabung bencana tanaman padi (TBTP) bagi membantu golongan pesawah yang terjejas teruk berikutan banjir yang melanda beberapa negeri, baru-baru ini. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, bersandarkan pengalaman sebelum ini, bantuan tersebut tiba terlalu lewat hingga pernah mencecah tempoh setahun selepas bencana. Keadaan itu katanya, membebankan pesawah apatah lagi pada tahun ini, ada dalam kalangan pesawah yang belum merasai hasil…










