Presiden Korea Selatan 'terselamat' daripada dipecat

Presiden Korea Selatan ‘terselamat’ daripada dipecat

HANYA Ahn Cheol-soo satu-satunya ahli Parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang kekal di dalam dewan semasa sesi undian pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol di Dewan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Hampir semua ahli Parlimen daripada parti pemerintah Korea Selatan bertindak keluar dari dewan sebagai memboikot undian pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol, semalam.

Rakaman secara langsung di televisyen menunjukkan ahli Parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) dipimpin Yoon meninggalkan dewan Parlimen.

Ketika ahli Parlimen membahas usul yang dikemukakan oleh pembangkang utama, Parti Demokratik, hanya seorang anggota daripada parti Yoon kekal di tempat duduknya.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan terhadap puluhan ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Parlimen, bagi mendesak penyingkiran Yoon.

Pemecatan memerlukan sokongan dua pertiga daripada 300 ahli Parlimen untuk diluluskan, bermaksud sekurang-kurangnya lapan daripada 108 anggota daripada PPP mesti mengundi.

Pemimpin pembangkang merancang untuk mengemukakannya semula usul pemecatan itu pada Rabu depan.

Beberapa jam sebelum undian pemecatan itu, Yoon tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di televisyen, selepas mencetuskan kekecohan kerana mengisytiharkan undang-undang tentera minggu ini.

Yoon berkata, beliau tidak akan berusaha untuk mengelak daripada tanggungjawab undang-undang dan politik atas keputusannya, yang dikatakannya timbul daripada rasa terdesak.

“Saya sangat menyesal dan ingin memohon maaf dengan ikhlas kepada rakyat.

“Saya serahkan kepada parti saya untuk mengambil langkah menstabilkan keadaan politik pada masa depan termasuk isu tempoh perkhidmatan saya,” katanya.

Ucapan Yoon semalam merupakan penampilan umum pertamanya sejak beliau membatalkan perintah undang-undang tentera pada Rabu, hanya enam jam selepas ia diisytiharkan, setelah Parlimen melawan kawalan tentera dan polis untuk mengundi menentang dekri tersebut.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN