SEOUL: Hampir semua ahli Parlimen daripada parti pemerintah Korea Selatan bertindak keluar dari dewan sebagai memboikot undian pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol, semalam. Rakaman secara langsung di televisyen menunjukkan ahli Parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) dipimpin Yoon meninggalkan dewan Parlimen. Ketika ahli Parlimen membahas usul yang dikemukakan oleh pembangkang utama, Parti Demokratik, hanya seorang anggota daripada parti Yoon kekal di tempat duduknya. Keputusan itu menimbulkan kemarahan terhadap puluhan ribu…