Perlis bentang belanjawan RM303,28 juta, terbesar dalam sejarah negeri - Utusan Malaysia

Perlis bentang belanjawan RM303,28 juta, terbesar dalam sejarah negeri

MOHD Shukri Ramli (lima dari kanan) menunjukkan dokumen Belanjawan 2025 Perlis sebelum pembentangan belanjawan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri mengumumkan Belanjawan 2025 berjumlah RM303.28 juta iaitu yang terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negeri ini.

Belanjawan bertemakan ‘Perlisku Bestari Berkat Lestari’ dibentangkan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari menyaksikan peningkatan peruntukan berbanding RM293.92 juta pada 2024.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM196.11 juta atau 64.66 peratus disediakan di bawah perbelanjaan mengurus, manakala RM107.17 juta atau 35.34 peratus pula diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan.

Mohd Shukri berkata, secara keseluruhan, perbelanjaan mengurus bagi tahun 2025 meningkat sebanyak RM11.47 juta atau 6.21 peratus berbanding tahun 2024.

“Daripada jumlah yang diperuntukkan itu, sebanyak RM67.29 juta disediakan untuk bayaran emolumen, RM83.47 juta disediakan bagi menampung perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM38.9 juta di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM5.05 juta disediakan untuk tujuan Aset manakala RM1.4 juta pula bagi Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain,” katanya.

Mohd. Shukri berkata, bagi perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM51.69 peratus dibiayai melalui pinjaman kerajaan Persekutuan bagi tujuan projek peningkatan prasarana untuk kemudahan rakyat.

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan sejumlah RM122.93 juta hasil akan dikutip pada tahun hadapan meliputi cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

“Berdasarkan anggaran ini, kutipan hasil negeri dijangka meningkat sebanyak RM9.7 juta atau 8.6 peratus berbanding tahun 2024. Kerajaan negeri diunjurkan mengalami defisit sebanyak RM73.18 juta pada tahun 2025, peningkatan sebanyak RM1.78 juta atau 2.49 peratus berbanding RM71.40 juta pada tahun 2024,” katanya.

Kata, Mohd. Shukri berkata, biarpun berdepan cabaran, ekonomi Perlis menunjukkan perkembangan positif pada 2023 dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 2.1 peratus dan nilai ditambah mencecah RM6.3 bilion.

Katanya, sektor perkhidmatan terus menjadi tonggak utama dan berkembang 2.3 peratus dengan disokong oleh perkhidmatan kerajaan serta sektor perdagangan dan pelancongan.

“Sektor pertanian turut mencatat peningkatan memberangsangkan sebanyak 4.1 peratus, dipacu oleh subsektor tanaman seperti padi dan buah-buahan. Namun, kita perlu memberi perhatian kepada penyusutan 1 peratus dalam sektor pembuatan dan ini menuntut usaha berterusan bagi memacu inovasi dan daya saing dalam sektor ekonomi negeri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya