TEBING BARAT: Peneroka haram Israel membakar masjid di Tebing Barat yang diduduki, termasuk merosakkan dinding bangunan itu dengan slogan kebencian dan perkauman. Gabenor Salfit, Abdallah Kamil berkata, serangan keganasan terbaharu peneroka menyasarkan masjid Bar al-Walidain di kampung Marda, semalam. “Sekumpulan peneroka melakukan serangan awal pagi dengan membakar masjid,” katanya dalam satu kenyataan. Seorang penduduk kampung memberitahu agensi berita AFP, peneroka membakar pintu masuk masjid dan menulis slogan Ibrani di dinding.…