SEOUL: Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan semakan mengenai pemecatan Presiden Yoon Suk-yeol pada Isnin, berhubung percubaan undang-undang tentera yang berlaku 3 Disember lalu. Menurut laporan Yonhap, penyiasat juga merancang untuk memanggil Suk-yeol minggu ini. Jurucakap Lee Jean berkata, mahkamah akan mengadakan perbicaraan awam pertama pada 27 Disember, selepas enam hakim mahkamah bertemu untuk membincangkan rancangan semakan pemecatan itu. Kesemua enam hakim mahkamah hadir pada mesyuarat pertama mengenai pemecatan itu, yang…










