Lima sungai Kelantan masih melepasi paras bahaya - Utusan Malaysia

Lima sungai Kelantan masih melepasi paras bahaya

MASJID Bendang Pak Yong tidak dapat melaksanakan solat jumaat selepas dinaiki air susulan hujan lebat serta limpahan air Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan-GAMBAR FAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima sungai utama di Kelantan masih mencatat paras bahaya sehingga pagi ini berikutan hujan lebat berterusan yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Lima sungai berkenaan adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu.

Selain itu, Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Kelantan di Kusial Baru manakala, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Diraja, Sungai Melor di Jambatan Melor dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebelum ini memberi amaran hujan berterusan tahap buruk berkuat kuasa sehingga hari ini membabitkan dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

METMalaysia dalam satu kenyataan, berkata sembilan kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Di Terengganu pula, sebanyak enam kawasan terbabit iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada juga berkuat kuasa sehingga esok di tiga kawasan iaitu Hulu Perak, Perak; Gua Musang, Kelantan dan Dungun serta Kemaman, Terengganu.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN