TOKYO: Seorang lelaki ditahan kerana didakwa meragut cermin mata orang ramai ketika menunggang kenderaan mikromobiliti jenis moped di Tokyo.
Menurut polis tempatan semalam, kira-kira 50 pasang cermin mata ditemukan di rumah suspek berusia 49 tahun di Shinjuku.
Polis berkata, suspek kini disiasat kerana kemungkinan terlibat dalam jenayah sama yang lain.
Peningkatan populariti kenderaan seperti itu dikaitkan dengan peningkatan jumlah kemalangan dan kesalahan lalu lintas yang dilakukan di negara itu, lapor akhbar Jepun, The Mainichi.
Lelaki tersebut didakwa mencuri sepasang cermin mata bernilai 3,000 yen (RM89.30).
Menurut polis, suspek dikatakan mendekati seorang lelaki berusia 20-an dari belakang di jalan raya sekitar pukul 9.15 malam pada Isnin.
Untuk membuat mangsa berhenti, suspek konon bertanya arah ke stesen terdekat sebelum mencuri cermin matanya.
Mangsa kemudiannya melaporkan jenayah itu kepada pihak berkuasa.
Penahanan suspek dibuat berhubung dengan satu lagi insiden samun yang melibatkan penunggang moped, kata pihak polis.
Mainichi melaporkan, suspek enggan mengulas mengenai kes itu.











