KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan kos keseluruhan sebanyak RM392 bilion diperlukan untuk melaksanakan 365 Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara. Namun, peruntukan tahunan yang diterima kerajaan pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung kos sebesar itu, memaksa pelaksanaan projek dilakukan mengikut keutamaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, keperluan kewangan yang begitu tinggi ini menjadikan pengurusan peruntukan perlu dilakukan secara strategik dan berhati-hati. “Dengan hanya RM1 bilion…










