PONTIAN: Jabatan Perikanan negeri diminta membantu menjadikan daerah ini kekal sebagai hab pengeluaran kerang supaya tidak diganggu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa melakukan pencerobohan. Pengerusi MyKomuniti Perikanan (MyKP) Pangkalan Jeti Nelayan Ayer Baloi, Dawik Mohamad Ali berkata, adalah merugikan sekiranya usaha itu tidak dapat direalisasikan selepas lima tahun dilancarkan. Katanya, terdapat lima pangkalan nelayan di daerah ini yang terlibat dalam pengeluaran kerang iaitu Pangkalan Nelayan Ayer Baloi, Pulai Sebatang,…