Kedudukan PM Kanada semakin goyah

Kedudukan PM Kanada semakin goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkemungkinan kehilangan kuasa awal tahun depan, selepas sekutu utama mengumumkan rancangan untuk membawa usul menjatuhkan kerajaan minoriti Parti Liberal dan menggesa pilihan raya.

Pemimpin baharu Parti Demokrat, Jagmeet Singh, yang membantu memastikan Trudeau kekal berkuasa, memaklumkan akan mengemuka usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari ini.

“Tidak kira siapa yang memimpin Parti Liberal, tempoh kerajaan ini sudah berakhir. Kami akan mengemukakan usul tidak percaya dalam sidang Dewan Rakyat seterusnya,” kata Singh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika semua parti pembangkang menyokong usul itu, Trudeau kehilangan jawatan selepas lebih sembilan tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya akan diadakan.

Tinjauan dalam tempoh 18 bulan terakhir menunjukkan Parti Liberal dijangka kalah teruk kepada Konservatif, parti pembangkang utama berhaluan kanan-tengah.

Parti Demokrat Baru, yang berusaha menarik sokongan pengundi kiri-tengah, juga mengkritik Trudeau kerana terlalu bergantung kepada perniagaan besar.

Pemimpin Bloc Quebecois, sebuah parti pembangkang lebih besar, berjanji untuk menyokong usul tersebut dan menegaskan tiada senario boleh mengekalkan kuasa Trudeau.

Trudeau, yang kini berdepan tekanan, mempengerusikan rombakan Kabinet pada Jumaat, namun masih belum jelas sama ada beliau akan meletak jawatan dalam masa terdekat.

Enggan mengulas mengenai nasibnya, beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan kini bersiap sedia menghadapi Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan ancamannya mengenakan tarif 25 peratus terhadap semua produk Kanada.

“Sebulan lagi Presiden baharu akan dilantik dan kami sedang menyiapkan Kanada untuk menghadapinya.

“Apa pun yang dilakukan pentadbiran AS, itu adalah keutamaan kami dan kita bekerja keras untuk mendepaninya,” kata Trudeau.– REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN