Kanak-kanak 10 tahun lemas mandi sungai - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun lemas mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan lemas semasa mandi di sungai berhampiran Kampung Piasau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Lysbet Tom Jones dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua pagi tadi berjaya menemukan mangsa pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain menjalankan operasi SAR pada pukul 8.10 pagi dengan kaedah mencari di permukaan air dan selaman.

Mangsa ditemukan dengan bantuan orang kampung kira-kira pukul 8.36 pagi.

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.41 petang dan sekumpulan 14 pegawai dan anggota dari BBP Kota Belud dan dibantu lima anggota daripada BBP Kota Marudu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dengan kaedah di permukaan air pada jarak 500 meter. Operasi SAR hari pertama ditangguhkan pada pukul 11.30 malam dan disambung pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN