BEIRUT: Tentera Israel masih melanggar perjanjian gencatan senjata dengan melakukan 12 serangan baharu di wilayah Lubnan sejak ia dikuatkuasakan minggu lalu, menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Rabu. Serangan tersebut dikesan berlaku di daerah Tyre, Marjayoun dan Bent Jbeil di selatan Lubnan, selain di ibu negara Beirut. Antara pelanggaran dilaporkan termasuk memusnahkan kediaman, meriam dan dron, tembakan serta penerbangan pesawat perang di ruang udara Lubnan. Menurut NNA, dron Israel…