WASHINGTON: Bitcoin melonjak ke rekod tertinggi baharu, melanjutkan persaingan yang menyaksikan kenaikan harga mata wang kripto sebanyak lebih 50 peratus sejak kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 5 November lalu. Mata wang kripto terbesar di dunia itu melepasi AS$106,000 (RM472,509), sebelum jatuh semula kepada sekitar AS$104,500 (RM465,834) dalam perdagangan Asia semalam. Pentadbiran Trump yang akan datang dilihat jauh lebih mesra terhadap mata wang kripto daripada pentadbiran…










