ALOR SETAR: Banjir yang melanda meresahkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menduduki ujian lisan bermula hari ini. Rata-rata mereka yang ditemui mengakui, persiapan untuk mengulang kaji pelajaran sedikit terganggu kerana perlu mendiami pusat pemindahan sementara (PPS). Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong, Nur Intan Aliesya Zamri, 17, berkata, air di rumahnya mencecah paras satu meter sejak Khamis lalu. “Keadaan itu menyebabkan kami perlu berpindah ke PPS Sekolah…










