PETALING JAYA: Sebanyak tujuh tim mencari dan menyelamat (SAR) diatur gerak Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi mengesan seorang anggotanya yang masih hilang ketika melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah di Permatang, sempadan Malaysia-Thailand. Tujuh tim tersebut terdiri lima pegawai dan 112 anggota digerakkan mencari dan menyelamat Lans Koperal Ahmad Zulhilmi, melibatkan pasukan 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD), 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) serta Rejimen 22 Komando, bermula dari tempat kejadian…










