Anggun Suri taja 40 pasangan pengantin baharu

Anggun Suri taja 40 pasangan pengantin baharu

SABARIAH Saidan ( tengah ) bersama pasangan pengantin baharu yang menyertai program Anggun Suri peringkat Parlimen Kuala Krau dii Balora Mastika Jengka, Pahang, semalam. – UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan seba­nyak RM500,000 untuk membiayai program Anggun Suri membabitkan perkahwinan 40 pasangan muda ke jinjang pe­lamin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata, Kuantan daerah pertama menjayakan program itu diikuti Bera, Kuala Krau dan Cameron Highlands.

Katanya, program Anggun Suri di Parlimen Cameron Highlands diadakan dalam bulan ini tetapi bergantung kepada situasi banjir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inisiatif ini bertujuan membantu pasangan pengantin daripada golongan tidak berkemampuan selepas melalui beberapa prosedur, sebelum terpilih sebagai pasangan perkahwinan beramai-ramai di bawah program Anggun Suri.

“Perkahwinan beramai-ramai dalam satu majlis di dewan sangat meriah dan mengeratkan silaturahim kerana ramai pihak dapat bertemu dan bertegur sapa dan berkenalan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas meraikan program Anggun Suri membabitkan 10 pasangan pengantin peringkat Parlimen Kuala Krau di Dewan Balora Mastika Jengka, di sini semalam.

Sabariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Guai berkata, program itu menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri yang mengetahui ada golongan muda menghadapi kekangan kewangan yang boleh menyebabkan perkahwinan mereka tertunda.

Justeru ujarnya, Menteri Besar, Datuk Seri wan Rosdy Wan Ismail mencetuskan idea program majlis perkahwinan beramai-ramai dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM500,000 bagi tujuan murni itu.

“Alhamdulillah, ini adalah satu daripada apa yang kita te­lah janjikan dalam bentuk Bantuan Prihatin, kita kembalikan kepada rakyat yang mana pasangan pengantin dapat menjimatkan wang untuk tujuan berbulan madu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini