80,000 rakyat bantah cara kerajaan Sepanyol tangani banjir

80,000 rakyat bantah cara kerajaan Sepanyol tangani banjir

PENUNJUK perasaan berarak menuntut peletakan jawatan ketua wilayah Valencia, Carlos Mazon susulan kegagalannya mengendalikan banjir dahsyat Oktober, di Valencia kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Valencia kelmarin, sebagai protes terhadap respons kerajaan dalam menangani bencana banjir besar yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Tragedi pada 29 Oktober lalu meragut 231 nyawa dan memusnahkan beberapa kawasan di wilayah timur Valencia, menyebabkan ribuan mangsa meraikan perayaan Krismas dalam duka akibat kehilangan keluarga, rumah dan harta benda.

Menurut polis wilayah, lebih 80,000 penunjuk perasaan berhimpun pada Ahad untuk sekali lagi mengecam pengendalian bencana alam paling dahsyat di Sepanyol dalam beberapa dekad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas segala yang berlaku akibat banjir ini, tiada ahli politik yang meletak jawatan, tiada akibat dan mereka juga tidak melakukan apa-apa,” kata seorang penunjuk perasaan, Enrique Soriano.

Sebahagian kemarahan orang ramai tertumpu kepada ketua wilayah Valencia, Carlos Mazon, dengan penunjuk perasaan melaungkan ‘pembunuh’, ‘penjenayah’ serta membawa sepanduk yang menggesa Mazon meletak jawatan.

Kemarahan ini memuncak di Valencia, yang menanggung beban utama bencana tersebut, ekoran daripada 231 mangsa korban, 223 daripadanya adalah dari wilayah itu.

Difahamkan, empat lagi mangsa masih disenaraikan sebagai hilang.

Protes terbaharu itu menandakan demontrasi besar ketiga di Valencia mengenai respons kerajaan, selepas dua siri protes sama yang diadakan pada 9 dan 30 November lalu melibatkan lebih 100,000 penunjuk perasaan, menurut polis wilayah.

Kemarahan orang ramai terhadap pemerintah terserlah semasa lawatan Raja Felipe dan Ratu Letizia pada 3 November ke pusat bencana, bersama Perdana Menteri, Pedro Sanchez serta Mazon, apabila mangsa membaling lumpur ke arah mereka.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini