PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menghantar 3,000 khemah ke Kelantan untuk menangani keperluan mendesak mangsa banjir yang mengalami peningkatan jumlah. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, khemah-khemah tersebut diambil dari Depoh Simpanan Keperluan Bencana sebagai langkah tambahan bagi memastikan keperluan di pusat pemindahan sementara (PPS) dipenuhi termasuk yang baharu dibuka. Menurutnya, penyelarasan antara negeri amat penting bagi memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan mencukupi. “Penghantaran khemah…