KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kebal dan sukar untuk dikenakan tindakan undang-undang memandangkan Malaysia perlu mematuhi badan antarabangsa tersebut selaku anggota. Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, tindakan menyaman sukar kerana WHO merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kata beliau, untuk menyaman kerajaan Malaysia berhubung pengambilan vaksin Covid-19 adalah merupakan hak individu selagi mempunyai fakta untuk dibawa dalam…