KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menegaskan tidak pernah mengharamkan pembukaan pawagam, namun pengusaha perlu mematuhi syarat-syarat agak ketat termasuk mengelak tayangan dalam suasana gelap bertujuan membendung anasir tidak sihat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Asri Mat Daud berkata, isu pawagam merupakan isu lama dan sudah banyak penjelasan dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini. Menurutnya, antara syarat lain yang ditekankan dalam pekeliling kepada pihak yang berhajat…