BEIJING: Snek jalanan terbaharu yang dijual di Chengdu, China, menarik perhatian orang ramai kerana rupanya yang unik dan aneh seperti gumpalan rambut manusia. Fa Cai atau Fat Choy adalah sejenis sianobakterium kering yang sudah lama menjadi sebahagian daripada masakan China. Ia tumbuh di kawasan kering dan tandus seperti di Gansu, Shaanxi, Qinghai, Xinjiang dan Mongolia Dalam di China. Ia diproses dengan kaedah pengeringan udara sejurus selepas penuaian. Oleh kerana bentuknya…

 
								 
											









