WASHINGTON: Calon Presiden Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya daripada Republikan, Donald Trump terus bersaing rapat untuk menguasai White House, tatkala pusat pengundian mulai ditutup secara berperingkat di seluruh Amerika Syarikat (AS).
Setakat ini, keputusan tidak rasmi media AS meramalkan kemenangan Trump di Alabama, Arkansas, Florida, Indiana, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Missouri, North Dakota, Oklahoma, South Carolina, South Dakota, Tennessee, Texas, West Virginia dan Wyoming.
Manakala, Haris memenangi Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New York, Rhode Island, Vermont dan ibu negara AS, Washington, DC.
Keputusan setakat ini memberikan Harris 179 undi elektoral, manakala Trump 230.
Majoriti yang diperlukan untuk memenangi jawatan Presiden AS adalah 270 undi elektoral.
Pemerhati menjangkakan perlumbaan sengit untuk White House akan bergantung kepada beberapa negeri medan pertempuran utama.– AFP











