WASHINGTON: Berbaki tiga hari lagi menjelang pengundian 5 November, perlumbaan antara calon Presiden Republikan, Donald Trump dan pesaingnya daripada Demokrat, Kamala Harris kekal sengit. Menurut Makmal Pilihan Raya Universiti Florida, lebih daripada 62 juta pengundi sudah melaksanakan pengundian awal. Tinjauan pendapat terus menunjukkan Harris mendahului tipis, dengan berada di hadapan sebanyak 1.4 mata berbanding Trump. Masing-masing kini semakin rancak menyerang dan melancarkan perang saraf antara satu sama lain, khususnya di…