Pakatan Scholz tumbang, Jerman ‘dihambat’ krisis politik

Pakatan Scholz tumbang, Jerman ‘dihambat’ krisis politik

CANSELOR Jerman, Olaf Scholz berucap pada sidang akhbar di Canselori di Berlin selepas mesyuarat jawatankuasa gabungan, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Pakatan pemerintah Jerman tumbang apabila Canselor, Olaf Scholz memecat Menteri Kewangan dan membuka laluan untuk pilihan raya mengejut.

Situasi itu mencetuskan kekacauan politik di ekonomi terbesar Eropah, hanya beberapa jam selepas calon Republikan, Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Selepas memecat Menteri Kewangan, Christian Lindner daripada parti Demokrat Bebas (FDP), Scholz dijangka akan memimpin kerajaan minoriti bersama Demokrat Sosial (SPD) dan parti kedua terbesar, Parti Hijau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau terpaksa bergantung kepada majoriti Parlimen yang dibentuk sementara untuk meluluskan undang-undang.

Scholz juga merancang mengadakan undi percaya dalam kerajaannya pada 15 Januari depan, yang boleh mencetuskan pilihan raya mengejut menjelang akhir Mac.

Scholz berkata, beliau akan meminta sokongan pemimpin konservatif pembangkang, Friedrich Merz untuk meluluskan belanjawan dan meningkatkan perbelanjaan ketenteraan.

Kejatuhan pakatan tiga penjuru Scholz menutup perbalahan selama berbulan-bulan mengenai dasar belanjawan dan hala tuju ekonomi Jerman.

“Kita memerlukan kerajaan yang mampu bertindak, mempunyai kekuatan untuk membuat keputusan yang diperlukan untuk negara,” kata Scholz kepada pemberita.

Beliau berkata, pemecatan Lindner dibuat ekoran tingkah lakunya yang menghalang pertikaian bajet, dan menuduh menteri itu meletakkan kepentingan parti mengatasi negara serta menyekat undang-undang dengan alasan yang tidak berasas.

Pergolakan politik ini berlaku sehari selepas pemilihan Trump sebagai Presiden AS, tatkala Eropah berebut untuk membentuk tindak balas bersama terhadap kemungkinan tarif baharu AS terhadap perang Russia di Ukraine dan masa depan pakatan NATO.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN