KUALA LUMPUR: Seorang paderi sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh ibunya dan menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku, tiga tahun lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, N. Deanesh, 53, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohammed @ Mohamad Said kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Deanesh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 80,…