MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengarahkan semua kapal kembali ke pantai dan penduduk di kawasan pesisir berpindah, berikutan Taufan Man-yi menghampiri negara kepulauan itu. Man-yi akan menjadi ribut kuat keenam yang melanda Filipina dalam sebulan, selepas bencana sama mengorbankan sekurang-kurangnya 163 orang dan menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal. Dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam, Man-yi dijangka membadai pulau Catanduanes yang kurang pada penduduk lewat Sabtu dan Ahad. Timbalan Setiausaha…










