Lapan helikopter Jordan hantar lebih 7 tan bantuan ke Gaza

Lapan helikopter Jordan hantar lebih 7 tan bantuan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Tentera Jordan menghantar lapan helikopter yang membawa lebih daripada tujuh tan bantuan ke Gaza, yang berdepan krisis kemanusiaan selepas lebih setahun berperang.

Helikopter yang membawa makanan, ubat-ubatan dan bekalan untuk kanak-kanak berlepas dari Jordan menuju ke wilayah Palestin, kata tentera dalam satu kenyataan.

Ini merupakan kali pertama pesawat Jordan mendarat di Gaza dengan membawa bantuan sejak tercetusnya konflik pada Oktober tahun lalu.

Tentera berkata, bantuan tersebut akan dihantar ke Al-Qarara, sebuah kawasan berhampiran dengan bandar selatan Gaza, Khan Younis, di mana akan diserahkan kepada Program Makanan Dunia (WFP).

“Jumlah bantuan yang dihantar kerajaan ke Gaza adalah kira-kira 56,573 tan,” katanya sambil memaklumkan bantuan dihantar melalui Mesir dengan pesawat, lori dan penghantaran udara.

Kebanyakan daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan akibat pertempuran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis kebuluran semakin hampir di beberapa kawasan ekoran kekurangan bantuan.

Keganasan Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 43,973 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan orang awam, menurut angka Kementerian Kesihatan Gaza.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN