Keju susu kambing biri-biri Portugal dinobat terbaik dunia

Keju susu kambing biri-biri dinobat terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VISEU, PORTUGAL: Keju susu kambing biri-biri mentah dari Portugal dinobatkan sebagai Keju Terbaik Dunia 2024 dalam Anugerah Keju Dunia yang berlangsung di bandar Viseu, Portugal, semalam.

Keju Queijo de Ovelha Amanteigado yang dihasilkan oleh syarikat kecil, Quinta do Pomar di Soalheira, Portugal, menewaskan 4,786 keju lain dari 47 negara dalam pertandingan terbesar sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1988.

Keju ini menggunakan rennet vegetarian daripada bunga thistle, digambarkan sebagai keju bertekstur lembut, berkilau dan berkrim dengan rasa pahit herba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia sangat seimbang, penuh kenikmatan dan gabungan protein serta lemaknya sungguh menakjubkan, benar-benar keju yang luar biasa.,” kata juri pertandingan, Manuel Maia, yang juga pengeksport keju Portugal.

Setiap meja dinilai sekitar 40 keju pelbagai bentuk, warna, saiz, usia serta berdasarkan rupa, bau, rasa dan tekstur.

Juri memilih pemenang dalam kategori gangsa, perak, emas dan super emas sebelum menentukan pemenang keseluruhan.

Faktor penilaian dikatakan cukup ‘teliti’ dengan aroma keju yang memenuhi ruang, kata Pengarah Urusan The Guild of Fine Food, John Farrand, selaku penganjur acara itu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, produk tempatan sering memenangi acara tersebut, terutama ketika diadakan di Sepanyol pada 2021 dan Norway pada 2023.

“Kadang-kadang, keju dalam persekitarannya sendiri mempunyai keistimewaan yang tidak dapat ditandingi. Tetapi perlu ditegaskan, keju dari negara lain juga sering menjadi juara,” kata Farrand.

Tahun lalu, pertandingan itu dimenangi oleh Nidelven Bla, keju susu lembu berwarna biru tua yang dibuat oleh Gangstad Gardsyteri di Norway.– CNN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN