BAITULMUQADDIS: Kabinet Israel meluluskan belanjawan negara 2025, pakej kewangan zaman perang yang didakwa Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich sebagai menyokong perang berterusan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Selama lebih setahun, Israel ‘terkunci’ dalam perang dengan pejuang Hamas di Gaza dan berlanjutan memerangi Hezbollah di Lubnan sejak September lalu. “Matlamat utama bajet 2025 adalah untuk memastikan keselamatan negara dan mencapai kemenangan di semua medan, selain menjaga daya tahan ekonomi Israel. “Bajet ini akan…