MANILA: Kerajaan Filipina tidak akan menyekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika bekas Presiden, Rodrigo Duterte mahu disiasat atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan kempen antidadahnya. Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr berkata, walaupun Filipina tidak akan bekerjasama dengan ICC, negara itu mempunyai tanggungjawab dengan Interpol. “Jika itu kehendak (Duterte), kami tidak akan menghalang ICC. Kami tidak akan bekerjasama, tetapi jika beliau bersetuju untuk disiasat, itu terpulang kepada beliau,” kata Marcos kepada…










