KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah membekukan akaun syarikat 30 Maple Sdn Bhd (30 Maple) yang dibeli FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pembekuan akaun itu termasuk dalam sitaan keseluruhan akaun FV sebelum ini. Dalam hal itu, beliau berkata, pihaknya masih belum boleh membuat sebarang pengumuman sama ada isu kerugian FV itu mempunyai unsur penyelewengan atau sebaliknya. “Sama ada ia ada…










