SEREMBAN: Negeri Sembilan memperoleh hak cipta bagi motif bunga lada, sekali gus membolehkan rekaannya diguna dan dikomersialkan termasuk menerusi penciptaan pelbagai produk. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, hak cipta eksklusif itu diperoleh kerajaan Negeri Sembilan dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dari pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) baru-baru ini. “Bunga lada merupakan bunga rasmi negeri dan dekat dengan rakyat negeri ini. Ia…