Bank Negara perlu pantau kelulusan pinjaman perumahan mampu milik

Bank Negara perlu pantau kelulusan pinjaman perumahan mampu milik

MALAYSIA hampir menepati sasaran pembinaan 500,000 rumah mampu milik menjelang akhir 2026. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kesukaran mendapatkan pinjaman terus menjadi antara isu utama pemilikan rumah di negara ini walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Umum sedia maklum bahawa, SJKP adalah skim perumahan bertujuan membiaya warganegara Malaysia seperti petani yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membeli rumah pertama.

Pengerusi Eksekutif NNA Land, Datuk Mohd. Nazrul Izad Mohd. Arsad berkata, sejak dilaksanakan, skim itu masih tertakluk kepada panel bank dengan menggunakan prosedur biasa hanya mengecualikan slip gaji.

Beliau memaklumkan, bank-bank komersial masih meminta dokumen akaun yang lengkap dan menjadi kesukaran kepada peniaga kecil dan petani.

“Bank Negara seharusnya memantau bank-bank komersial serta mencari satu kaedah yang memudahkan peminjam rumah mampu milik.

“Bank-bank komersial juga mengenakan faedah yang tinggi untuk SJKP sehingga melebihi 4.5 peratus berbanding produk pinjaman biasa bank.

“Hal ini tidak adil kepada pemohon SJKP yang berlatarkan rakyat golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah pertama mereka. Bank Negara perlu segera campur tangan bagi memastikan matlamat kerajaan melaksanakan SJKP tercapai,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Nazrul Izad berkata, beliau akan menghantar surat kepada Bank Negara dan Kementerian Kewangan demi memastikan SKJP benar-benar membantu golongan serta kumpulan sasarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN