Australia syor larang remaja bawah 16 tahun guna media sosial

Australia syor larang remaja bawah 16 tahun guna media sosial

RANG undang-undang akan diperkenalkan ke Parlimen tahun ini dan dijangka berkuat kuasa 12 bulan selepas diluluskan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Kerajaan Australia akan menggubal undang-undang untuk melarang penggunaan media sosial bagi individu bawah 16 tahun.

Dasar yang dikatakan kerajaan sebagai pertama di dunia itu diumumkan oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, semalam.

Beliau berkata, rang undang-undang itu akan diperkenalkan ke Parlimen tahun ini dan dijangka berkuat kuasa 12 bulan selepas ia diluluskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Media sosial memberikan kesan buruk kepada anak-anak kita dan saya mengambil langkah untuk menghentikannya,” katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Albanese menegaskan, tiada pengecualian akan diberikan kepada pengguna bawah umur yang mempunyai kebenaran ibu bapa.

“Tanggungjawab akan terletak pada platform media sosial untuk menunjukkan mereka mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang akses,” kata Albanese.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Michelle Rowland berkata, larangan itu akan melibatkan platform Instagram dan Facebook milik Meta Platforms, TikTok Bytedance serta X yang dimiliki jutawan terkenal, Elon Musk.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan platform YouTube tersenarai dalam skop undang-undang tersebut.

Sebelum ini, beberapa negara berjanji untuk mengehadkan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak melalui undang-undang, namun dasar Australia adalah yang paling ketat.

Tahun lalu, Perancis mencadangkan larangan media sosial bagi mereka yang berusia bawah 15 tahun, walaupun pengguna boleh mengelak dengan kebenaran ibu bapa.

Amerika Syarikat (AS) pula mewajibkan syarikat teknologi mendapatkan kebenaran ibu bapa bagi mengakses data kanak-kanak bawah 13 tahun, menyebabkan kebanyakan platform media sosial melarang individu bawah umur mengakses perkhidmatan mereka. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini