‘Asyik drama curang? Itu penonton mahukan’

‘Asyik drama curang? Itu penonton mahukan’

A. AIDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan ketandusan idea asyik mengangkat isu curang dalam drama, namun pengarah, Eyra Rahman, mendedahkan ia adalah topik paling popular dinantikan penonton.

Jelas Eyra, atau Nor Zahirah Abdul Rahman, 41, dia sudah mengarah pelbagai genre drama dan filem, namun cerita tentang kecurangan adalah yang paling mendapat sambutan.

“Pada saya kenapa tema curang diangkat dan disanjung sampai sekarang adalah disebabkan inilah naskhah yang penonton cari. Saya sudah hasilkan pelbagai jenis cerita, tapi tema yang paling mendapat sambutan tetap isu curang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi untuk memberi kepuasan kepada penonton, saya rasa tema ini ialah pilihan yang terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap mengenai keluhan warganet yang gusar drama kecurangan boleh membuatkan ramai memilih hidup bujang, Eyra bagaimanapun memiliki pendapat berbeza.

“Saya berpandangan isu curang ini bukalah satu-satunya punca yang membuatkan ramai golongan bujang memilih untuk tidak berkahwin. Banyak lagi isu lain yang menyebabkan perkara itu.

“Jadi kalau ada golongan bujang rasa trauma, janganlah rasa begitu. Ambil drama ini sebagai pengajaran,” katanya.

Senada dengan Eyra ialah penerbit dan pelakon, Datuk A. Aida yang mendedahkan sepanjang kerjaya, naskhah yang paling mendapat rating tinggi mesti menyentuh elemen curang atau topik ibu mentua.

“Bila kita hasilkan sesebuah drama, stesen televisyen mahukan naskah yang pasti viral. Jangan salahkan penerbit yang kononnnya tidak mahu berfikir di luar kotak. Saya pernah terbitkan cerita tentang jenayah tapi tidak boleh lawan rating drama rumah tangga.

“Penonton pula jangan mengarut kononnya drama curang boleh buat orang takut mahu kahwin.

“Naskhah yang terbit semuanya melalui tapisan Lembaga Penapisan Filem,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini