Ratusan protes tuntut had umur pekerjaan sektor awam dinaikkan

Ratusan protes tuntut had umur pekerjaan sektor awam dinaikkan

POLIS melepaskan gas pemedih mata dan bom bunyi menyebabkan beberapa penunjuk perasaan cedera.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Polis Bangladesh melepaskan gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang berhimpun di hadapan pejabat ketua kerajaan peralihan, bagi menuntut had umur pekerjaan sektor awam dinaikkan kepada 35 tahun.

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat Muhammad Yunus di Dhaka hari ini, menyebabkan gangguan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

Pada mulanya, mereka berhimpun di persimpangan Shahbagh dan bergerak ke kediaman penasihat utama di kawasan Bailey Road.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata dan bom bunyi kepada mereka, menyebabkan beberapa penunjuk perasaan cedera.

Anggota tentera dan polis turut kelihatan mengawal lokasi kejadian.

Dalam menghadapi protes itu, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mempertimbangkan kenaikan had umur bagi pekerjaan kerajaan daripada 30 tahun kepada 35 tahun.

Setiausaha Kementerian Pentadbiran Awam, Md Mokhlesur Rahman berkata, jawatankuasa itu diminta membentangkan laporan dan cadangan dalam tempoh tujuh hari akan datang.

Muhammad memegang jawatan sebagai ketua kerajaan peralihan pada 8 Ogos lalu, berikutan gerakan pelajar dan sivil pada 5 Ogos memaksa Perdana Menteri ketika itu, Sheikh Hasina melarikan diri ke India.

Sekurang-kurangnya 708 terbunuh dan lebih 19,200 yang lain cedera dalam pertempuran dengan anggota keselamatan, menurut Kementerian Kesihatan.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini