JERANTUT: Pekan sehari era Pahlawan Melayu Mat Kilau sekitar tahun 1880-an ‘dihidupkan’ semula oleh Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kedondong, Pulau Tawar di sini bagi mengembalikan nostalgia penduduk abad ke-19. Program Moh La Weh Ke Pekan Sehari Kampung Kedondong itu menarik kira-kira 6,000 pengunjung bagi menikmati jualan kuih-muih dan pelbagai makanan tradisional serta pameran peralatan abad ke-19 termasuk acara kesenian seperti silat Melayu warisan pahlawan Mat Kilau dan bapanya,…










