Kes polio meningkat menjelang kempen vaksinasi di Pakistan

Kes polio meningkat menjelang kempen vaksinasi di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Jangkitan polio meningkat menjelang kempen vaksinasi di Pakistan, dengan 39 kes baharu disahkan sejak Januari berbanding hanya enam kes tahun lalu.

Kempen vaksinasi baharu di seluruh negara akan bermula pada 28 Oktober ini dengan memastikan 32 juta kanak-kanak lengkap vaksin berkenaan.

“Tujuan utama kempen ini adalah untuk mencapai sasaran menjadikan Pakistan sebuah negara bebas polio,” kata jurucakap Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan untuk Pembasmian Polio, Anwarul Haq.

Pakistan kerap melancarkan kempen melawan polio walaupun terdapat serangan terhadap pekerja kesihatan dan polis yang ditugaskan untuk menjalankan kempen vaksinasi.

Ini selepas, kumpulan pemberontak mendakwa kempen vaksinasi itu sebagai konspirasi Barat untuk mensterilkan kanak-kanak.

Kebanyakan kes polio dilaporkan di wilayah barat daya Balochistan dan selatan Sindh, diikuti oleh wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Timur Punjab.

Lokasi itu membimbangkan pihak berkuasa kerana kes sebelum ini kebanyakannya berasal dari barat laut yang bergolak bersempadan dengan Afghanistan, di mana kerajaan Taliban secara tiba-tiba menghentikan kempen vaksinasi dari rumah ke rumah pada September.- AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN