KUANTAN: Tidak semua masyarakat di negara ini sanggup mengeluarkan wang untuk membeli sebuah lukisan asal hasil karya pelukis tempatan dengan harga yang kebiasaannya mencecah ribuan ringgit. Justeru menjadi cabaran buat seorang pelukis di daerah ini, Ahmad Nazrin Mohamed Noor, 57, untuk memperjuangkan hasil seninya agar ia boleh diterima oleh masyarakat tambahan pula dirinya baru 11 tahun menceburi bidang terbabit. Meskipun berdepan kekangan penyakit kanser tiroid yang dihidapinya ditambah masalah kesihatan lain seperti sakit lutu dan kencing manis tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan seni berkonsep impresionisme iaitu hasil seni yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya