PETALING JAYA: Graduan jurusan sastera dan sains sosial yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) berkemungkinan berdepan cabaran untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran kerja masa kini. Menurut data daripada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kebolehpasaran graduan pada tahun 2023 didominasi oleh graduan dari jurusan pengajian perniagaan, pentadbiran dan perundangan dengan jumlah 58,628 orang atau 28.4 peratus. Jurusan kejuruteraan,…










