'Dunia bakal hancur jika Kamala Harris jadi Presiden AS'

‘Dunia bakal hancur jika Kamala Harris jadi Presiden AS’

DONALD Trump ketika bercakap pada sidang media di Discovery Center di Milwaukee, Wisconsin kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon presiden Republikan, Donald Trump menyalahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Naib Presidennya, Kamala Harris terhadap serangan peluru berpandu Iran ke Israel, kelmarin.

Bekas Presiden AS itu mendakwa, kemenangan Harris pada pilihan raya November ini bakal mencetuskan kekacauan lebih besar kepada dunia.

“Saya sudah lama bercakap mengenai Perang Dunia Ketiga dan saya tidak mahu membuat ramalan kerana ia selalu menjadi kenyataan. Tetapi ini sangat hampir dengan malapetaka global.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mempunyai presiden dan naib presiden yang tidak wujud, yang sepatutnya bertanggungjawab. Tetapi tiada siapa yang tahu apa berlaku kerana mereka menghadiri acara pengumpulan dana di San Fransisco,” katanya dalam kempen di Waunakee, Wisconsin kelmarin.

Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel pada Selasa, tidak lama selepas AS memberi amaran bahawa serangan itu bakal berlaku.

Susulan serangan itu, Trump dan kempennya berusaha mendakwa pemimpin dunia tidak menghormati Biden atau Harris, yang mengheret peningkatan ketegangan di Asia Barat.

ADS:D

“Jika saya yang bertanggungjawab, serangan seperti ini terhadap Israel tidak akan pernah berlaku.

“Semua perkara yang kita bicarakan tidak akan pernah berlaku, termasuk penarikan tentera AS dari Afghanistan pada 2021,” kata Trump.

Trump memberi jaminan akan mengembalikan keamanan dunia sekiranya beliau sekali lagi diberi peluang kembali ke White House.

“Namun, jika Kamala mendapat peluang empat tahun lagi, boleh dibayangkan bukan? Jika beliau memerintah empat tahun lagi, dunia akan menjadi hancur,” katanya.

Pentadbiran Biden bergelut dengan konflik di Ukraine, perang Israel dan Hamas di Gaza, bahkan kini prospek konflik yang semakin meluas ekoran pertembungan Israel serta Iran.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN