Bakteria melioidosis punca 9 monyet di zoo Hong Kong mati

Bakteria melioidosis punca 9 monyet di zoo Hong Kong mati

PIHAK berkuasa mengesahkan sembilan monyet mati akibat sepsis selepas dijangkiti melioidosis.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Jangkitan bakteria Melioidosis menyebabkan kematian sekurang-kurangnya sembilan monyet di sebuah zoo di Hong Kong, menurut pihak berkuasa.

Dua lagi monyet mati baru-baru ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan mencecah 11 ekor dalam tempoh minggu lalu.

Sebahagian daripada zoo itu, yang dibina pada 1860 dan taman tertua di Hong Kong, kekal ditutup sejak 14 Oktober apabila pihak berkuasa melaporkan kematian pertama kumpulan monyet tersebut.

Ditempatkan dalam lima sangkar berasingan, monyet yang mati termasuk spesies De Brazza serta seekor monyet tupai biasa, tamarin atas kapas dan saki berwajah putih.

Pihak berkuasa berkata, sembilan monyet mati akibat sepsis selepas dijangkiti melioidosis.

Bedah siasat menemukan sejumlah besar bakteria yang menyebabkan melioidosis dalam organ monyet, yang mungkin berasal dari tanah berhampiran habitatnya.

Ujian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti punca kematian terbaharu dua lagi monyet.

Difahamkan, bakteria ini sering ditemukan dalam tanah liat yang lembab.

Walaupun ia boleh menjejaskan kedua-dua manusia dan haiwan, ia tidak mungkin disebarkan dari haiwan kepada manusia, menurut pihak berkuasa.

Zoo tersebut menempatkan sekitar 158 burung, 70 mamalia dan 21 reptilia di dalam kira-kira 40 kandang.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN