Apa jadi dengan Road to Oscar?

Apa jadi dengan Road to Oscar?

AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Pengarah dan penerbit, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nazri, mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dilihat tidak agresif memperjuangkan filem Malaysia memenangi Anugerah Akademi (Oscar).

Menurut Idham, sebagai agensi kerajaan, Finas sepatutnya mempunyai perancangan jelas seperti yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan dalam merangka Projek Road to Gold (RTG) untuk memenangi emas di Sukan Olimpik.

“Saya bercakap sebagai bekas Ketua Pegawai Eeksekutif Finas. Sekarang kita lihat filem yang ingin mewakili Malaysia ke Oscar dipilih oleh komiti daripada produk sedia ada. Bagi saya, kita tidak boleh selamanya bergantung kepada produk ready made, apa yang ada sahaja.

“Finas bukan sahaja tidak mempunyai perancangan khusus untuk ke Oscar, malah tiada pelan untuk memenangi apa-apa anugerah pun. Kita agungkan kemenangan Korea Selatan, tapi adakah kita lihat macam mana usaha mereka dalam mencapai kemenangan itu?

“Zaman saya dahulu, kita ada buat perancangan jelas Road To Oscar. Apa sudah jadi dengan rangka itu? Nampak macam sudah tiada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tidak merendahkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia ke Oscar, Idham meminta Finas mengeluarkan panduan dan menjelaskan maksud identiti filem Malaysia bagi mengelak kekeliruan.

“Kita ada masalah di mana tidak jelas akan maksud identiti filem Malaysia. Adakah filem itu perlu didominasi bahasa tertentu memandangkan kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum?

“Sehingga kini kita masih keliru dengan identiti filem Malaysia, apakah yang ingin diangkat ke luar negara?. Kita perlu tentukan identiti untuk bawa produk kita keluar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN