Zelenskiy salahkan Barat Ukraine kalah dengan Russia

Zelensky salahkan Barat Ukraine kalah dengan Russia

VOLODYMYR ZELENSKYY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Ukraine mengalami kekalahan besar ekoran kelewatan Barat menghantar senjata kepada tentera negara ini yang sedang berdepan dengan Russia, kata Presiden Volodymyr Zelenskiy dalam temu bual dengan CNN yang disiarkan semalam.

Zelenskiy berkata, situasi di timur negara sangat sukar kerana separuh daripada briged Ukraine di sana tidak dilengkapi senjata.

“Kami kehilangan tentera kerana kedudukan mereka terdedah dan bukan berada dalam kenderaan perisai. Mereka tiada artileri, mereka tiada peluru artileri,” kata beliau.

Zelenskiy berkata, pakej bantuan senjata yang dijanjikan oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah tiba sangat lambat.

“Kami memerlukan 14 briged di medan tempur. Namun senjata yang ada tidak cukup untuk kegunaan empat briged sekalipun,” katanya.

Kebimbangan Zelenskiy itu didedahkan selepas Russia menawan beberapa kawasan di timur Ukraine termasuk sekitar Pokrovsk.

Penasihat keselamatan negara White House, Jake Sullivan kelmarin berkata, Washington sedang berusaha menyediakan pakej bantuan senjata yang baharu untuk Ukraine.

Zelenskiy dijadualkan bertemu dengan Presiden AS, Joe Biden bulan ini dan akan mengemukakan rancangan untuk mengakhiri perang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN