SHAH ALAM: Wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Semporna, Sabah 11 tahun lalu, Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran diangkat sebagai Tokoh Kemerdekaan Selangor 2024 oleh kerajaan negeri dalam Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67, malam semalam. Anggota polis itu merupakan antara enam anggota polis yang terkorban bersama Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Michael Padel; Sarjan Mejar Baharin Hamit; Sarjan Mejar Abdul Aziz Sarikon dan Sarjan Salam Togiran…









