Tiada minyak masak peket, beras tempatan modal PN

Tiada minyak masak peket, beras tempatan modal PN

PRK Dun Mahkota ditetapkan hari pengundian pada 24 September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) tidak hairan jika rakyat menolak kepemimpinan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menjadi kubu kuat parti itu.

Pengerusi PN negeri, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, penolakan itu diyakini membabitkan isu nasional yang belum selesai.

Antara isu sehingga BN ditolak antaranya membabitkan kenaikan harga barang asas manakala bekalan minyak peket subsidi yang tiada di pasaran. Kedua-kedua masalah itu menjejaskan kehidupan rakyat termasuk masyarakat di DUN Mahkota.

“Kita lihat isu-isu pembangunan, isu harga barang asas dan isu kenaikan harga diesel. Apabila kurang harmoni, suara rakyat Johor kurang didengar.

“Kita lihat barang-barang asas seperti beras tempatan dan minyak peket subsidi masih tiada di pasaran. Ini yang kita akan suarakan pada pilihan raya kecil nanti.

“Jadi, perkara ini semua dinilai rakyat DUN Mahkota sama ada pentadbiran BN di DUN itu masih diterima atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Dalam hal ini, Sahruddin berkata, PN akan memainkan peranan untuk menyuarakan hak rakyat kerana ia sentiasa menjadi rungutan sehingga ke hari ini.

Beliau dalam masa sama berkata, antara isu lain yang akan menjadi perhatian PN adalah ketidakharmonian konsep Kerajaan Perpaduan di Johor.

Katanya, perkara itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat setempat kerana konsep yang dibawa BN Johor tidak sealiran dengan konsep perpaduan di peringkat persekutuan.

“Kita akui Mahkota memang kubu kuat BN. Namun kita perlu berusaha untuk memastikan kemenangan di pihak PN. Isu sekarang ada banyak, malah kita melihat ketidakharmonian antara Kerajaan Perpaduan di Johor mahupun pusat sebenarnya memberi kesan kepada rakyat di negeri Johor.

“Ini kerana wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan dilihat kurang berpeluang untuk memperjuangkan pembangunan dan kemajuan di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai calon yang akan mewakili PN, Sahruddin menjelaskan pihaknya telah menyenarai pendek tiga nama calon daripada gabungan itu untuk bertanding.

Katanya, nama tiga calon lelaki anak tempatan itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti pada minggu ini.

Tanpa menjelaskan sama ada calon tersebut mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahupun Pas, beliau berkata peluang sama rata akn diberikan kepada kedua-dua calon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×